Adzan di Telinga Bayi

Di antara sunnah Nabi SAW adalah mengumandangkan adzan pada telinga kanan bayi yang baru lahir dan iqamat pada telinga kirinya. Imam At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Rofi' bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW mengumandangkan adzan pada telinga kanan Hasan putra Ali ketika Fathimah melahirkannya. Imam At-Tirmidzi berkata, "Hadis ini hasan shohih."

Banyak sekali hikmah dari disyariatkannya adzan pada telinga bayi yang baru lahir. Di antaranya adalah supaya kalimat pertama yang mengetuk gendang telinga si bayi adalah kalimat-kalimat thoyibah yang berisi keagungan dan kebesaran Allah SWT, juga kalimat syahadat yang berisi ikrar terhadap keesaan Allah SWT. Seolah-olah kita sedang mentalqinnya dalam rangka menyambut kehadirannya di dunia ini, sebagaimana ketika kita mentalqin seseorang yang sedang sakaratul maut untuk mengantarkan kepergiannya dari dunia ini. Ibnul Qayyim berkata, "Dan bukanlah hal yang aneh jika efek adzan tersebut masuk ke dalam hati si bayi dan berpengaruh di dalamnya, meskipun ia tidak merasakan." (Tuhfatul Maulud hal. 31)

Hikmah lain di antaranya agar syaithan lari dan kabur ketika mendengar kalimat-kalimat adzan. Ibnul Qayyim berkata, "Syaithan itu selalu mengawasi si bayi sampai ia dilahirkan kemudian ia berusaha memberikan godaan terhadapnya –atas seizin Allah. Maka ketika itu, syaithan mendengar sesuatu yang melemahkan kekuatannya dan menjadikannya marah sejak pertama kali berhubungan dengan si bayi." (ibid)

Hikmah lainnya yaitu agar si bayi mendengarkan ajakan Allah SWT kepada kebenaran sebelum mendengarkan ajakan syaithan kepada kebatilan, sebagaimana fitrah yang telah dituliskan bagi setiap bayi yang lahir. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Lalu kedua orangtuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Fatwa Syaikh Bin Baz

Syaikh Abdul Aziz bin Baz, mantan Mufti 'Am Kerajaan Arab Saudi, berkata mengenai adzan pada telinga bayi yang baru dilahirkan:

هذا مشروع عند جمع من أهل العلم، وقد ورد فيه بعض الأحاديث، وفي سندها مقال، فإذا فعله المؤمن حسن؛ لأنه من باب السنن ومن باب التطوعات، والحديث في سنده عاصم بن عبيد الله بن عاصم بن عمر بن الخطاب وفيه ضعف، وله شواهد

"Ini disyariatkan menurut sejumlah ahli ilmu. Telah diriwayatkan beberapa hadits tentang hal itu, dan di dalam sanadnya terdapat kritik. Maka, apabila seorang mukmin melakukannya, maka hal itu baik. Karena hal ini termasuk dalam bab sunnah dan tathawu'. Hadits tersebut di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ashim bin Ubaidillah bin Ashim bin Umar bin Al-Khatthab. Di dalam dirinya terdapat kelemahan (dha'f). Hadits ini memiliki syawahid (penguat)."

Beliau juga mengatakan:

 ولكن إذا فعل ذلك المؤمن للأحاديث التي أشرنا إليها فلا باس، لأنه يشد بعضها بعضاً، فالأمر في هذا واسع، إن فعله حسن لما جاء في الأحاديث التي يشد بعضها بعضاً، وإن تركه فلا بأس

"Akan tetapi seandainya seorang mukmin melakukan hal itu berdasarkan hadits-hadits yang telah kami singgung, maka tidak apa-apa. Karena keseluruhan hadits itu saling menguatkan satu sama lain. Permasalahan ini cukup longgar. Jika dilakukan, maka baik, berdasarkan hadits-hadits yang saling menguatkan satu sama lain. Jika ditinggalkan juga tidak apa-apa."

Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Bayi


Penulis : Ahmad Saifuddin Yusof (kawakib_duriyah)
Penyunting: Muhammad Fathi Ali al-Sakandary[1]

Hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

قَالَ التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَا أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَمَلُ عليه

Terjemahan : Berkata al-Tirmizi dalam kitab Jami’nya: Muhammad bin Basysyar telah menyampaikan kepada kami bahawa Yahya bin Sa’id  dan Abdul Rahman bin Mahdi telah berkata, Sufyan telah mengkhabarkan kepada kami bahawa dari 'Asim bin ‘UbaydiLlah daripada UbaydiLlah bin Abi Rafi daripada ayahnya katanya, “Saya telah melihat Rasulullah SAW memperdengarkan azan pada telinga al-Hasan bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dengan - azan seperti azannya- solat.
(al-Tirmizi berkata) Hadith ini Hasan Sahih dan diamalkan –fiqh- padanya .
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Abwab al-Adhaahi ‘an Rasulillah SAW, Bab al-Azan fi Uzun al-Mawlud (Bab Azan di telinga bayi), No Hadith 1594 (Rujuk, al-Jami’ al-Kabir[2] –Sunan[3] al-Tirmizi [tahqiq Syu’ayb al-Arna’ut], j. 3, h. 339-340) Ringkasnya, al-Tirmizi telah menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih iaitu salah satu penilaian Sahih (Tashih) hadith disisi beliau. Maka, hadith ini Sahih menurut al-Tirmizi.[4]

Apa itu Hasan Sahih?

Sahabat saya yang mulia, saudara Muhammad  Fathi telah menulis satu buku yang sangat penting berkenaan Manhaj al-Tirmizi dalam Sunan nya. Beliau menukilkan kenyataan Syaikh Abdul Aziz Marzuq al-Tharifi dalam Sifat Hajj Nabi. Berikut nukilan beliau;

Tahap yang paling tinggi dalam jenis ini ialah dengan istilah “Hasan Sahih” dalam kebanyakan keadaan (majoriti kes), ini kerana kebanyakan hadith-hadith yang disebutkan Al-Tirmizi sebagai “Hasan Sahih” adalah dijumpai dalam kitab Al-Sahihayn (iaitu Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) atau salah satu daripada keduanya (iaitu sama ada dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim) atau menepati syarat keduanya atau salah satu daripada duanya, atau datangnya hadith itu dengan sanad yang sahih dan kuat.
(Rujuk, Muhammad Fathi Ali (2010), Pengenalan Kepada Sunan al-Tirmizi dan Manhajnya, h. 9-10. Muat turun di sini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/01/pengenalan-kepada-sunan-al-tirmizi.html)[5]

Namun begitu hadith Abu Rafi’ di atas tidak diriwayatkan oleh al-Sahihayn tetapi ia dinilai Hasan Sahih oleh al-Tirmizi sebagai satu Tashih yang tertinggi menurut beliau. Justeru, beberapa penilaian perlu dibuat bagi mengabsahkan lagi kedudukan ini.

Perawi 'Asim bin UbaydiLlah

Nama penuh ‘Asim ialah ‘Asim bin ‘UbaydiLlah bin ‘Asim bin ‘Umar bin al-Khattab al-Qurasyi al-‘Adawi al-Madani. Kenapa Asim bin UbaydiLlah ini dinilai? Ini kerana riwayat ini jika ditelusuri akan didapati ia berlegar pada 'Asim bin UbaydiLlah walaupun daripada rekod muhaddith dalam karya masing-masing. Ulama jarh wa ta’dil memberi pelbagai penilaian terhadap 'Asim. Majoritinya memberi status bersifat da’if atau sederhana seperti mana berikut :

Daripada Ali bin Madini, beliau berkata, “Diberitahu kepada kami bahawa di sisi Yahya bin Sa’id (al-Qattan)[6] beliau menda’ifkan Asim bin UbaydiLlah.”

Dan berkata Ya’qub bin Syaybah dari Ali bin Madini (berkata), “Saya mendengar Abdul Rahman bin Mahdi mengingkari hadith 'Asim bin UbaydiLlah (dengan) pengingkaran yang amat sangat.”[7]

Daripada Yahya bin Ma’in bahawa 'Asim bin UbaydiLlah adalah Da’if. Menurut Ibrahim bin Ya’qub al-Jurjani, 'Asim adalah Da’if dan Sufyan bin Uyaynah tidak suka pada hafazannya.

Ya’qub bin Syaybah : “Terdapat kelemahan pada hadith-hadithnya dan terdapat juga padanya beberapa hadith Munkar”[8]

Al-Daraqutni berkata, “Laysa bi Qawiy (tidak kuat).”[9]

Abu Zur’ah berkata, “Muhammad bin Abdullah bin Numayr bertanya kepada saya, adakah saya lebih suka kepada 'Asim bin UbaydiLlah atau Ibn Aqil? Saya menjawab, Ibn Aqil bercanggah pada sanad-sanadnya, dan 'Asim Munkarul Hadith pada asalnya[10] (menyebabkan) Mudtarib hadith.”

Abu Hatim dan al-Bukhari berkata, “Munkarul Hadith.”[11] Abu Bakr bin Khuzaimah berkata, “Tidak menjadi hujjah baginya kerana teruk hafazannya.”[12]
Ahmad bin Abdullah al-‘Ijli, “La Ba’sa bihi (Tidak mengapa baginya).”[13]

Abu Ahmad bin ‘Adi berkata, “Sesungguhnya mengambil hadith darinya - ‘Asim-  oleh al-Thawri, Ibn Uyaynah, Syu’bah dan orang-orang lain dalam kalangan orang-oarang yang thiqah[14]. Orang ramai meriwayatkan serta menerima –hadith- nya, hadithnya ditulis sekalipun terdapat kelemahan pada-diri-nya ”
Dan berkata Abu Daud: ‘Asim, tidaklah ditulis hadith-hadihnya (iaitu hadith-hadith nya ditinggalkan)[15]

(Lebih lanjut, al-Mizzi, Tahzib al-Kamal fi Asma’ al-Rijal, j. 13, h. 502-506, No. Perawi 3014 & Ibn Hajar, Tahzib al-Tahzib, 48/5 )

Demikianlah secara ringkas apa yang dinyatakan oleh para nuqqad (pengkritik) terhadap Asim bin UbaydiLlah. Boleh disimpulkan bahawa majoriti mengkritik beliau secara umum dan berkemungkinan besar disebabkan oleh hafazannya.

Sebagai tambahan, selain al-Tirmizi, antara ahli hadith lain yang turut menerima hadith ini (samada sebagai sahih atau hasan) ialah al-Mizzi katanya Hasan Sahih dengan mengutip dan beriktimad kepada penilaian al-Tirmizi[16] (rujuk: Tuhfatul Asyraf, no. 12020), al-Nawawi katanya Sahih (rujuk: al-Majmu’, 8/434), Ibn Mulaqqin katanya Sahih (rujuk: Al-Badr Al-Munir, 9/348), Al-Hakim katanya Sahih (rujuk: al-Mustadrak, no. 4814), manakala Syaikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi menatakan bahawa hadith ini da’if tetapi boleh dikuatkan.

Manakala Syaikh Sulayman bin Nasir al-‘Ulwan menyatakan di dalam risalah beliau bahawa riwayat Asim ini tidak diterima kerana keda’ifannya[17]. Beliau membawa pendapat dan kritikan ulama terhadap ‘Asim dan beliau menilai Da’if terhadap riwayat ini. (Rujuk, Sulayman bin Nasir al-‘Ulwan, al-I’lam bi Wujub al-Tathabbut fi Riwayah al-Hadith wa Hukm al-‘Amal bi al-Hadith al-Da’if, h. 28-30. Sila muat turun di sini www.saaid.net/Warathah/Al-Alwan/22.doc ). Begitu juga Ibn Hajar menilai da’if hadith ini kerana ‘Asim (rujuk: Talkhis Al-Habir, 4/149)

Pandangan Tersirat dan Tersorok

Setelah penulis meneliti beberapa lembaran karya ulama’, penulis mendapati bahawa ulama hadith tidak memilih bulu dalam menilai perawi tersebut. ‘Asim bin UbaydiLlah merupakan cicit kepada Umar al-Khattab r.a. Namun periwayatan beliau dikritik oleh nuqqad dan muhaddithin. Mengapa terjadi sedemikian? Ini kerana kepentingan sunnah Nabi SAW lebih utama daripada darah daging atau DNA orang tertentu walaupun daripada keturunan sahabat yang dijamin syurga. Mengapa mesti memuja dan mendewa-dewa seseorang hanya kerana keturunannya sahaja? Bukankah taqwa dan iman perlu dinilai terlebih dahulu. Mengapa mesti berkata, “Dia keturunan baik, takkanlah dia buat perkara tidak baik?” DNA dan keturunan tidak menjamin apa-apa melainkan taqwa kepada Allah SWT.

Taraju’ (Semakan Semula) al-Bukhari (m. 256H)

Penilaian al-Bukhari terhadap 'Asim adalah salah satu penanda aras dalam kes ini. Ini kerana al-Imam al-Bukhari adalah salah seorang guru utama Imam al-Tirmizi. Ketika menyusun Jami’ al-Mukhtasar, beliau telah membuat semakan bersama gurunya al-Bukhari.

Penilaian al-Bukhari terhadap 'Asim dalam kitab al-Tarikh al-Kabir adalah dalam kategori Jarh (kritikan) dan ia dilihat memberi kesan besar terhadap penilaian terhadap Asim. Berikut adalah penilaian al-Bukhari terhadap 'Asim terkandung di dalam al-Tarikh al-Kabir;

عاصم بن عبيدالله العمرى المدينى، منكر الحديث.
Terjemahan : ‘Asim bin UbaydiLlah al-Umari al-Madini adalah Munkarul Hadith
(Rujuk Tarikh al-Kabir, Maktabah Syamilah v.2, no. perawi 3088)

Penulis cuba membuat rujukan silang menggunakan teknologi di dalam Maktabah al-Syamilah bagi menyemak apakah kedudukan sebenar 'Asim bin UbaydiLlah. Penulis mendapati al-Bukhari telah membuat semakan semula penilaian terhadap 'Asim dalam ‘Ilal al-Kabir oleh al-Tirmizi.[18] Berikut petikannya;

قال محمد : عاصم بن عبيد الله صدوق روى عنه مالك بن أنس حديثين مرسلين، وروى عنه، شعبة والثوري.

Terjemahan : Muhammad (al-Bukhari) berkata, “Asim bin ‘UbaydiLlah adalah Soduq, Malik bin Anas meriwayatkan daripadanya dua hadith secara Mursal, Syu’bah dan al-Thawri juga meriwayatkan daripadanya.”[19]

Bagaimana boleh bertentangan dua kenyataan ini? Berdasarkan kronologi penulisan karya al-Bukhari. Kitab al-Tarikh al-Kabir ditulis lebih dahulu berbanding al-Jami’ al-Sahih iaitu ketika usia beliau 16 tahun. Maka dalam ‘Ilal al-Kabir, al-Tirmizi telah membuat semakan semula bersama gurunya al-Bukhari berkaitan kedudukan 'Asim ini. Lalu al-Bukhari meletakkan status Soduq berbanding status sebelum ini iaitu Munkarul Hadith. Dan daripada petunjuk ini, al-Tirmizi menerima riwayat daripada 'Asim bin UbaydiLlah berdasarkan penilaian semula al-Bukhari. Dalam ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, lafaz Soduq berada di bawah kategori Ta’dil (Iktiraf Autoriti) manakala Munkarul Hadith berada di bawah kategori Jarh (Kritikan).

Penanda Aras Daripada Ibn Khuzaimah (m. 311H)

Apabila kita membuat semakan dalam Sahih Ibn Khuzaimah melalui Maktabah Syamilah, kita akan mendapati, Ibn Khuzaimah hanya memuatkan satu sahaja hadith riwayat ‘Asim iaitu di dalam Kitab al-Siyam, No. Hadith 2007. (Lihat, Abu Bakr Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah, Mukhtasar al-Mukhtasar min al-Musnad al-Sahih ‘an al-Nabi [tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl], j. 3, h. 430-431.Walau bagaimanapun Dr. Mahir Yasin al-Fahl menda’ifkan hadith ini kerana keda’ifan ‘Asim bin UbaydiLlah[20])

Selepas membawa hadith ini beliau – Ibn Khuzaimah -  menghuraikan tentang perawi ‘Asim bin UbaydiLlah. Di akhir perbincangan, beliau menyatakan;

قال أبو بكر : « كنت لا أخرج حديث عاصم بن عبيد الله في هذا الكتاب، ثم نظرت، فإذا شعبة والثوري قد رويا عنه، ويحيى بن سعيد، وعبد الرحمن بن مهدي - وهما إماما أهل زمانهما - قد رويا عن الثوري عنه، وقد روى عنه مالك خبرا في غير الموطأ »
Terjemahan : Abu Bakr (Ibn Khuzaimah) berkata, “Saya – pada asalnya - tidak mengeluarkan (meriwayatkan) hadith ‘Asim bin ‘UbaydiLlah dalam kitab ini (Mukhtasar al-Mukhtasar). Kemudian saya melihat, apabila Syu’bah dan al-Thawri meriwayatkan (hadith) daripadanya (‘Asim). Yahya bin Sa’id al-Qattan dan Abdul Rahman bin Mahdi –kedua-duanya adalah imam pada zaman mereka – sesungguhnya kedua-duanya meriwayatkan daripada al-Thawri daripadanya (‘Asim). Sesungguh diriwayatkan daripadanya (‘Asim) oleh Malik satu khabar selain daripada al-Muwatta’”[21] (Lihat, ibid, (rujukan di atas), h. 431)

Maksudnya, Ibn Khuzaimah memberi petunjuk bahawa pada asalnya ‘Asim bin UbaydiLlah ini adalah Da’if tetapi apabila beliau melihat terdapat riwayat ‘Asim yang diriwayatkan oleh Syu’bah dan Sufyan al-Thawri. Kemudian Yahya bin Sa’id al-Qattan dan Abdul Rahman al-Mahdi pula meriwayatkan daripada Sufyan al-Thawri daripada ‘Asim. Maka Ibn Khuzaimah telah membuat semakan semula kedudukan jarh dan ta’dil terhadap ‘Asim, dan akhirnya menerima riwayat ‘Asim daripada rantaian trio huffaz ini iaitu;

Yahya bin Sa’id & Abdul Rahman bin Mahdi -> Sufyan al-Thawri -> ‘Asim bin UbaydiLlah.

Tambahan pula, Yahya bin Sa’id dan Syu’bah sendiri mengkritik periwayatan ‘Asim seperti mana rekod di dalam karya biografi perawi. Tetapi mereka berdua sendiri meriwayatkan hadith-hadith daripada ‘Asim melalui penilaian tertentu.[22] Ini disahkan daripada kata-kata al-Bukhari di dalam ‘Ilal al-Kabir oleh al-Tirmizi bahawa Syu’bah dan al-Thawri mengambil riwayat daripada ‘Asim;

قال محمد : عاصم بن عبيد الله صدوق روى عنه مالك بن أنس حديثين مرسلين، وروى عنه، شعبة والثوري.

Terjemahan : Muhammad (al-Bukhari) berkata, “Asim bin ‘UbaydiLlah adalah Soduq, Malik bin Anas meriwayatkan daripadanya dua hadith secara Mursal, Syu’bah dan al-Thawri juga meriwayatkan daripadanya.”

Petunjuk Dari Abu Daud (m. 275H)

Fenomena yang berlaku kepada Ibn Khuzaimah ini juga telah berlaku kepada Abu Daud. Ini kerana, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, dalam Tahzib al-Tahzib dinukil kata-kata Abu Daud terhadap ‘Asim:
و قال أبو داود : عاصم لا يكتب حديثه
Terjemahan: Abu Dawud berkata: ‘Asim, tidaklah ditulis hadith-hadihnya (iaitu hadith-hadith nya ditinggalkan)

Kenyataan diatas adalah satu jarh yang syadid. Namun, apa yang menarik ialah apabila kita menyemak dalam kitab Sunan Abu Daud didapati Abu Daud sendiri telah menyalahi kenyataan diatas apabila beliau sendiri meriwayatkan hadith ‘Asim, bahkan ia adalah hadith azan di telinga bayi ini secara khusus, berikut adalah apa yang dikeluarkan Abu Daud:

قَالَ أبُوْ دَاودَ فِيْ سُنَنِهِ : حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ حَدَّثَنِى عَاصِمُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِى رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَذَّنَ فِى أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِىٍّ - حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ – بِالصَّلاَةِ
Terjemahan : Berkata Abu Daud dalam kitab Sunan nya: telah menceritakan kami Musaddad, menceritakan kami Yahya (bin Sa’id al-Qattan) dari Sufyan katanya, menceritakan ku Asim bin ‘UbaydiLlah daripada UbaydiLlah bin Abi Rafi daripada ayahnya katanya, “Saya telah melihat Rasulullah SAW memperdengarkan azan pada telinga al-Hasan bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dengan - azan seperti azannya- solat.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Bab fi Al-Sibbiyi Yuladu Fayuzzanu fi Uzunihi (Bab padanya azan ditelinga bayi apabila dilahirkan),No Hadith 5105 (Rujuk, Sunan, Abu Daud [tahqiq Muhammad Muhyiddin Abdul Humaid], j. 2, hal. 749)

Dan Abu Daud mendiamkan hadith ini serta tidak memberi sebarang kritikan, ini menunjukkan bahawa hadith ini adalah ‘Soleh’ disisi Abu Daud sendiri dan menjadi hujah dalam fiqh.[23]

Ini sebagaimana kata Abu Daud dalam Risalah Ila Ahl Makkah[24]:

ما لم أذكر فيه شيئا فهو صالح
Terjemahan: Apa yang aku diamkan – dalam kitabku Sunan- maka ianya adalah Soleh.

Dapat kita fahami diamnya Abu Daud disini adalah satu petunjuk kuat bahawa hadith ini bukanlah hadith yang dhaif syadid, bahkan ianya adalah Soleh. Dan kemungkinan besar Abu Daud telah mempertimbangkan semula dan membuat semakan semula penilaian terhadap ‘Asim, jika dulunya adalah dhaif syadid dan tidak ditulis hadithnya, tetapi sekarang tidak lagi atau setidak-tidaknya beliau tidak da'if untuk hadith ini secara khusus apabila Yahya Al-Qattan dan Syu’bah mengambil hadith ini dari beliau. Beliau bukan lagi da'if dan hadithnya sekarang ditulis.

Riwayat ‘Asim di dalam Sunan al-Tirmizi

Kita lihat kembali riwayat kes ini dalam Sunan al-Tirmizi;

قَالَ التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَا أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَمَلُ عليه
Terjemahan : Berkata al-Tirmizi dalam kitab Jami’nya: Muhammad bin Basysyar telah menyampaikan kepada kami bahawa Yahya bin Sa’id  dan Abdul Rahman bin Mahdi telah berkata, Sufyan telah mengkhabarkan kepada kami bahawa dari 'Asim bin ‘UbaydiLlah daripada UbaydiLlah bin Abi Rafi daripada ayahnya katanya, “Saya telah melihat Rasulullah SAW mengazankan pada telinga al-Hasan bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dengan solat (dengan azan seperti dalam solat).

(al-Tirmizi berkata) Hadith ini Hasan Sahih dan diamalkan –fiqh- padanya.

Apabila kita telusuri beberapa riwayat daripada trio huffaz ini termasuk riwayat daripada Syu’bah daripada 'Asim juga, kebanyakannya al-Tirmizi menilai hadith berkenaan dengan status Hasan Sahih. Jadi, bagi al-Tirmizi apabila gurunya al-Bukhari menyatakan bahawa Syu’bah dan al-Thawri mengambil riwayat daripada ‘Asim maka menurut penilaian al-Tirmizi riwayat tersebut Sahih. Ini jelas dinyatakan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitabnya al-Sahih.[25]

Justeru, jelas di sini bahawa tashih al-Tirmizi pada hadith ini adalah berdasarkan panduan daripada gurunya al-Bukhari dengan meneliti petunjuk daripada huffaz salaf seperti Sufyan al-Thawri dan Syu’bah bin Hajjaj. Maksudnya, sekiranya riwayat ‘Asim itu diriwayatkan daripada Syu’bah atau Sufyan al-Thawri maka riwayatnya boleh diterima menurut al-Tirmizi tambahan pula riwayat kedua huffaz ini diriwayatkan pula oleh Yahya bin Sa’id al-Qattan dan Abdul Rahman bin Mahdi. Ini dapat dilihat pada hadith-hadith lain daripada riwayat trio huffaz ini di dalam Sunan al-Tirmizi. Contohnya;

قَالَ التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ سُفْيَانَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ عُمَرَ أَنَّهُ اسْتَأْذَنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْعُمْرَةِ فَقَالَ أَيْ أُخَيَّ أَشْرِكْنَا فِي دُعَائِكَ وَلَا تَنْسَنَا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

قَالَ التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه: حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ قَال سَمِعْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ مَا نَعْمَلُ فِيهِ أَمْرٌ مُبْتَدَعٌ أَوْ مُبْتَدَأٌ أَوْ فِيمَا قَدْ فُرِغَ مِنْهُ فَقَالَ فِيمَا قَدْ فُرِغَ مِنْهُ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ وَكُلٌّ مُيَسَّرٌ أَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ فَإِنَّهُ يَعْمَلُ لِلسَّعَادَةِ وَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاءِ فَإِنَّهُ يَعْمَلُ لِلشَّقَاءِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَحُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ وَأَنَسٍ وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

قَالَ التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ عُثْمَانَ بْنَ مَظْعُونٍ وَهُوَ مَيِّتٌ وَهُوَ يَبْكِي أَوْ قَالَ عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ
وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَجَابِرٍ وَعَائِشَةَ قَالُوا إِنَّ أَبَا بَكْرٍ قَبَّلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مَيِّتٌ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, penulis boleh membuat kesimpulan bahawa tashih al-Tirmizi dalam hal ini mempunyai qarinah dan petunjuk yang jelas menurut beliau. Walaupun perawi ‘Asim ditolak oleh kebanyakan muhaddithin secara umum, namun beliau meletakkan kedudukan riwayat ‘Asim ini dalam tashih yang paling tinggi. Walau bagaimanapun riwayat ini dikritik oleh ramai ulama’ terkemudian (Mutaakhkhirin) dan penulis dengan merasa rendah diri mengatakan bahawa penda’ifan ulama hadith sebelum ini adalah tersilap, mereka telah mendapat pahala atas ijtihad mereka. Dan kekuatan adalah terletak pada tashih al-Tirmizi.

Justeru, penulis boleh membuat beberapa justifikasi umum terhadap penilaian hadith ini.

1- Sahih menurut huffaz salaf berdasarkan Tashih al-Tirmizi berdasarkan kenyataan beliau tentang pengamalan fiqh ini dan pengamalannya adalah sunnah. Dan pendapat inilah yang rajih bagi kami – Allah hu’alam-[26]

2- Sahih menurut al-Tirmizi dan huffaz salaf menda’ifkan perawi ‘Asim, amalannya sunnah menurut al-Tirmizi dan tidak menurut huffaz yang lain.

3- Da’if kerana perawi ‘Asim bin ‘UbaydiLlah berdasarkan kenyataan huffaz salaf yang mengkritiknya tanpa mengabaikan tashih al-Tirmizi dan boleh diamalkan.

4- Da’if kerana penilaian ulama hadith lain dan menafikan tashih al-Tirmizi.
Berkata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz – rahimahullah- :

ورد في سنن الترمذي حديث صححه بعض العلماء وعمل به البعض أنه يؤذن في أذن المولود اليمنى. وأما الإقامة فورد فيها حديث ضعيف وعمل به جمع من السلف مثل عمر بن عبدالعزيز رحمه الله
Terjemahan: telah datang riwayat dalam Sunan Al-Tirmizi hadith yang disahihkan oleh sebahagaian ulama dan mengamalkan – hadith ini-  oleh sebahagian mereka sesungguhnya azan pada telinga bayi di telinga kanan, adapun iqamah – pada telinga bayi pula- telah datang dari hadith yang dhaif dan ia diamalkan oleh sekelompok daripada Salaf misalnya ‘Umar Abdul ‘Aziz rahimahullah (rujuk: Ahkam Al-Maulud, ‘Abdul ‘Aziz bin Sa’d, Multaqa’ Ahl Hadith, 2008M)
Sekian, Allah hu’alam

Nota Penyunting:

[1] Sahabat saya yang mulia, al-fadhil ustaz Ahmad Saiffuddin Yusof telah menghasilkan satu kajian yang teperinci lagi menarik, bahkan beliau telah menemui satu penemuan baru yang sangat penting berkenaan tauthiq kepada ‘Asim. Saya amat berbesar hati menjadi penyunting dan ia adalah satu penghormatan buat diri saya. Ketika melakukan semakan, saya turut memasukkan beberapa komentar, dan tambahan hujah penting berserta rujukan dalam nota kaki.

[2] Berkata penyunting: penamaan syaikh Syu’aib al-Arnaouth – hafizahullah - atas kitab Imam al-Tirmizi sebagai “al-Jami al-Kabir” adalah tidak tepat, nama sebenar kitab ini sebagaimana yang diberi oleh Imam al-Tirmizi sendiri ialah “al-Jami’ al-Mukhtasar”, dan sangatlah jauh bezanya antara “al-Kabir” dan “al-Mukhtasar”!

[3] Berkata penyunting: penamaan kitab Imam al-Tirmizi sebagai “Sunan” adalah popular, namun ia tidak tepat kerana nama asalnya seperti yang diberi oleh Imam al-Tirmizi sendiri ialah “al-Jami’ al-Mukhtasar”, dan sesungguhnya “Sunan” dan  “ al-Jami’ ” itu sangatlah  jauh bezanya!

[4] Berkata penyunting: suka saya berkongsi satu faedah penting yang dikutip dari kuliah Syaikh ‘Abdullah al-Sa’d:
تصحيح الترمذي مقدم على تصحيح الدارقطني ، و هو - الدارقطني - مقدم على ابن خزيمة ، و هو - ابن خزيمة - مقدم على الحاكم ، و إن كان - الترمذي - قد يصحح لبعض من فيهم ضعف و لكن هذا قليل ، مثل :قابوس بن أبي ظبيان، عاصم بن عبيد الله ، و غيرهم ، فتمسَّك بتصحيح الترمذي
Terjemahan: tashih al-Tirmizi didahulukan dari tashih ad-Daraquthni, dan tashih ad-Daraquthni didahulukan dari tashih Ibn Khuzaimah, dan tashih Ibn Khuzaimah didahulukan dari tashih al-Hakim, dan sesungguhnya al-Tirmizi ada mensahihkan (hadith yang rawi itu padanya terdapat) dhaif , akan tetapi ia adalah sedikit, seperti rawi: Qabus bin Abi Zabyan, ‘Asim bin Ubaidillah, dan lain-lain , maka berpeganglah dengan tashih al-Tirmizi (rujuk: Rakaman Audio kuliah Syarah Al-Mugizoh oleh syaikh ‘Abdullah al-Sa’d, siri  ke-9, pada minit 18.25)

[5] Berkata penyunting: sesetengah berpendapat bahawa istilah ‘Hasan Sahih’ ini adalah bermaksud Sahih matannya tetapi Hasan isnadnya, atau Sahih isnadnya tetapi Hasan matannya. Namun pendapat ini tidak tepat , yang tepat lafaz Hasan Sahih adalah salah satu lafaz tashih oleh al-Tirmizi untuk hadith tersebut, bahkan ia adalah tahap tashih yang tertinggi dalam kitab al-Jami’. Lanjut rujuk kajian terperinci oleh Dr. Hatim Al-Syarif bertajuk: ‘Masodir al-Sunnah wa Manahij Musonnafiha’

[6] Berkata penyunting: ya, disini dinaqalkan bahawa Yahya al-Qattan mendhaifkan ‘Asim, namun perlu difahami bahawa ini adalah secara umumnya bukan secara khusus. Ini kerana, terdapat hadith-hadith yang Yahya al-Qattan sendiri meriwayatkan dari ‘Asim dan beliau mengambilnya dari ‘Asim, semuanya ini adalah berdasarkan beberapa qarain-qarain dan murajjihat-murajjihat tertentu yang menunjukkan bahawa hadith ‘Asim yang tersebut secara khusus adalah diterima. Dan Yahya al-Qattan dikenali sebagai seorang yang hanya mengambil dari mereka yang thiqah sahaja, atau dari mereka yang dhaif tetapi hadithnya yang tersebut secara khusus adalah maqbul (diterima iaitu samada sahih atau hasan). Sehingga jika seorang rawi yang majhul sekalipun, apabila hadithnya diriwayatkan oleh mereka ini maka hadith itu diterima dan dibuat hujah dalam fiqh! Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Daud, beliau bertanya kepada gurunya Ahmad bin Hanbal: “apabila Yahya al-Qattan, Abdulrahman ibn Mahdi meriwayatkan dari seorang rawi yang majhul, adakah hadith itu dibuat hujah? maka jawab Ahmad: “ya, berhujah dengannya”.  Lebih lanjut untuk perkara ini digalakkan untuk merujuk penjelasan teperinci oleh Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam ta’liqnya atas kitab Qawaid Ulum al-Hadith karya Tahanawi (hal. 216), dan ta’liq beliau atas kitab al-Raf’ Wa al-Takmil, begitu juga rujuk kajian mendalam Dr. Yahya Al-Syahri dalam mukaddimah tesis PhD beliau berjudul “Zawaid Rijal Ibn Hibban”.

[7] Berkata penyunting: ya, disini dinaqalkan bahawa Ibn Mahdi mengingkari hadith ‘Asim, namun perlu difahami bahawa ini adalah secara umumnya bukan secara khusus. Ini kerana, terdapat hadith-hadith yang Ibn Mahdi sendiri meriwayatkan dari ‘Asim dan beliau mengambilnya dari ‘Asim, semuanya ini adalah berdasarkan beberapa qarain-qarain dan murajjihat-murajjihat tertentu yang menunjukkan bahawa hadith ‘Asim yang tersebut secara khusus adalah diterima. Dan Ibn Mahdi sebagaimana Yahya al-Qattan dikenali sebagai seorang yang hanya mengambil dari mereka yang thiqah sahaja, atau dari mereka yang dhaif tetapi hadithnya yang tersebut secara khusus adalah maqbul (diterima iaitu samada sahih atau hasan). Sehingga jika seorang rawi yang majhul sekalipun, apabila hadithnya diriwayatkan oleh mereka ini maka hadith itu diterima dan dibuat hujah dalam fiqh! Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Daud, beliau bertanya kepada gurunya Ahmad bin Hanbal: “apabila Yahya al-Qattan, Abdulrahman ibn Mahdi meriwayatkan dari seorang rawi yang majhul, adakah hadith itu dibuat hujah? maka jawab Ahmad: “ya, berhujah dengannya”. Lebih lanjut untuk perkara ini digalakkan untuk merujuk penjelasan teperinci oleh Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam ta’liqnya atas kitab Qawaid Ulum al-Hadith karya Tahanawi (hal. 216), dan ta’liq beliau atas kitab al-Raf’ Wa al-Takmil, begitu juga rujuk kajian mendalam Dr. Yahya Al-Syahri dalam mukaddimah tesis PhD beliau berjudul “Zawaid Rijal Ibn Hibban”.

[8] Berkata penyunting: ibarat yang digunakan oleh Ya’qub bin Syaybah ialah:
و له أحاديث مناكير - (Walahu Ahadith Manakir), dan perlu diketahui bahwa ibarat ‘Walahu Ahadith Manakir’ adalah berbeza dengan ‘Munkarul Hadith’. Ibarat ‘Munkarul Hadith’ dinisbahkan kepada perawi yang sangat banyak melakukan silap dalam periwayatannya. Manakala ‘Walahu Ahadith Manakir’ (padanya terdapat hadith-hadith munkar) memberi erti si fulan ada meriwayatkan beberapa hadith-hadith yang silap, dan bukannya semua haditnya silap, bahkan terdapat hadith-hadithnya yang betul dan diterima, silapnya tidaklah sebanyak mereka yang ‘Munkarul Hadith’. Lanjut rujuk penjelasan teperinci oleh Dr. Mustafa al-Muhammadi dan Dr. Basyar ‘Awwad Ma’ruf dalam kitab al-Syadz wa al-Munkar wa Ziyadah al-Thiqah: Muwazanah Baina al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhkhirin.

[9] Berkata penyunting: ibarat ‘Lisa Bil Qawiy’, perlu difahami bahawa ibarat ini bukanlah satu jarh yang syadid dan bukanlah bermakna mereka yang dinilai sebagai ‘Laisa Bil Qawiy’ ini hadith-hadith tertolak secara mutlak, bahkan  ibarat ini digunakan oleh sebahagian ulama jarh wa ta’dil dan tidaklah mereka maksudkan penolakan mereka terhadap rawi itu, bahkan mereka-mereka yang dinilai sebegini terdapat hadith-hadith mereka yang dijadikan hujah! Berkata Dr. Hatim Al-Syarif: “..ibarat – Laisa Bil Qawiy- ini bukanlah daripada jenis ibarah jarh yang syadid, bahkan menggunakan sebahagian ulama’ dan tidaklah mereka maksudkan penolakan mereka terhadap rawi itu, bahkan yang mereka maksudkan ialah: sesungguhnya rawi itu tidak mencapai tahap kekuatan yang matang dan hafazannya tidak sempurna sepenuhnya”. Rujuk: Syarah al-Mugizoh li-Zahabi, Dr. Hatim Al-Syarif.

[10] Berkata penyunting: Munkarul Hadith pada asalnya, memberi erti seseorang itu pada asalnya banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan, banyak hadith-hadith beliau yang silap, dan sangat sedikit hadith nya yang betul.

[11] Berkata penyunting: namun penilaian Munkarul Hadith ini telah ditarik semula (taraju') oleh al-Bukhari, kita akan jelaskan nanti.

[12] Berkata penyunting: perhatikan disini bahawa Ibn Khuzaimah menyatakan bahawa ‘Asim tidak menjadi hujah, namun kita akan lihat nanti bahawa Ibn Khuzaimah sendiri telah menyalahi kenyataan beliau ini, apabila beliau terpaksa akhirnya berhujah dan menerima hadith ‘Asim atas qarain-qarain tertentu yang menunjukkan bahawa hadith ‘Asim yang tersebut adalah diterima dan tidak silap. Kita akan jelaskan nanti.

[13] Berkata penyunting: ini adalah ibarat ta’dil dan bukannya jarh.

[14] Berkata penyunting: Suatu perkara yang sangat penting untuk diketahui, perawi-perawi yang diriwayatkan (diambil hadithnya) oleh mereka - Al-Thauri, Ibn Uyaynah dan  Syu’bah , termasuk juga Yahya Al-Qattan, Ibn Mahdi, Malik – ini diberi perhatian khusus dan istimewa walaupun pada umumnya perawi itu dijarh sebagai dhaif. Bahkan ibarat seperti “si fulan telah meriwayatkan darinya Syu’bah, atau Malik, atau Yahya al-Qattan, atau Syu’bah. atau Ibn Mahdi, atau al-Thawri, atau Ibn Uyaynah” adalah dikira sebagai satu ibarat ta’dil kepada perawi itu dan dia dikira sebagai thiqah secara umumnya, atau setidak-tidaknya dia adalah thiqah untuk hadith yang khusus tersebut. Ini kerana mereka - al-Thwuri, Ibn Uyaynah dan  Syu’bah , termasuk juga Yahya al-Qattan, Ibn Mahdi, Malik –  adalah dikenali sebagai mereka yang hanya mengambil dari mereka yang thiqah sahaja, atau dari mereka yang dhaif tetapi hadithnya yang tersebut secara khusus adalah maqbul (diterima iaitu samada sahih atau hasan). Sehingga jika seorang rawi yang majhul sekalipun, apabila hadithnya diriwayatkan oleh mereka ini maka hadith itu diterima dan dibuat hujah dalam fiqh! Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Daud, beliau bertanya kepada gurunya Ahmad bin Hanbal: “apabila Yahya al-Qattan, Abdulrahman ibn Mahdi meriwayatkan dari seorang rawi yang majhul, adakah hadith itu dibuat hujah? maka jawab Ahmad: “ya, berhujah dengannya”.  Lebih lanjut untuk perkara ini digalakkan untuk merujuk penjelasan teperinci oleh Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam ta’liqnya atas kitab Qawaid Ulum al-Hadith karya Tahanawi (hal. 216), dan ta’liq beliau atas kitab al-Raf’ Wa al-Takmil, begitu juga rujuk kajian mendalam Dr. Yahya al-Syahri dalam mukaddimah tesis PhD beliau berjudul “Zawaid Rijal Ibn Hibban”.

[15] Berkata penyunting: disini kita lihat Abu Daud menyatakan bahawa hadith-hadith 'Asim tidak ditulis, namun Abu Daud sendiri telah menyalahi kenyataan ini apabila beliau sendiri meriwayatkan hadith ‘Asim ini dalam kitab Sunannya!. Kita akan jelaskan nanti

[16] Berkata penyunting: suka saya  berkongsi satu faedah penting yang dikutip dari kuliah Syaikh ‘Abdullah al-Sa’d:
تصحيح الترمذي مقدم على تصحيح الدارقطني ، و هو - الدارقطني - مقدم على ابن خزيمة ، و هو - ابن خزيمة - مقدم على الحاكم ، و إن كان - الترمذي - قد يصحح لبعض من فيهم ضعف و لكن هذا قليل ، مثل :قابوس بن أبي ظبيان، عاصم بن عبيد الله ، و غيرهم ، فتمسَّك بتصحيح الترمذي
Terjemahan: tashih al-Tirmizi didahulukan dari tashih ad-Daraquthni, dan tashih ad-Daraquthni didahulukan dari tashih Ibn Khuzaimah, dan tashih Ibn Khuzaimah didahulukan dari tashih al-Hakim, dan sesungguhnya al-Tirmizi ada mensahihkan (hadith yang rawi itu padanya terdapat) dhaif , akan tetapi ia adalah sedikit, seperti rawi: Qabus bin Abi Zabyan, ‘Asim bin Ubaidillah, dan lain-lain , maka berpeganglah dengan tashih al-Tirmizi (rujuk: Rakaman Audio kuliah Syarah Al-Mugizoh oleh syaikh ‘Abdullah al-Sa’d, siri ke-9, pada minit 18.25)

[17] Berkata penyunting: Syaikh Sulayman bin Nasir al-Ulwan – hafizahullah- adalah antara ahli hadith dan fudhala’ zaman ini, dan antara ulama’ yang berjalan atas manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith, namun bagi saya penilaian beliau untuk hadith ini adalah hanya berdasarkan zahir sanad dan zahir keadaan ‘Asim yang lemah secara umumnya, dan bagi saya ia kurang tepat dan beliau tersilap, dan saya dengan rendah diri tidak bersetuju dengan tad’if beliau.

[18] Berkata penyunting: dan ini adalah satu penemuan yang besar! Dan ia adalah satu qarain dan murajjihat yang amat kuat untuk hadith ini.

[19] Berkata penyunting: jika kita lihat sebelum ini al-Bukhari menilai ‘Asim sebagai Munkarul Hadith, ini kerana dilihat pada ‘Asim banyak melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadith. Namun, disini kita dapati al-Bukhari telah menukar pandangan dan menilai ‘Asim sebagai Soduq apabila melihat bahawa Malik, Syu’bah dan al-Thauri ada meriwayatkan dari ‘Asim, dan ini adalah satu qarain dan murajjihat yang kuat untuk menerima ‘Asim maka al-Bukhari telah menukar pandangan dan akhirnya menilai 'Asim sebagai Soduq, kerana Malik, Syu’bah dan al-Thawri dikenali sebagai mereka yang hanya meriwayatkan dari mereka yang thiqah sahaja atau dari mereka yang dhaif tetapi hadithnya yang tersebut secara khusus adalah maqbul (diterima iaitu samada sahih atau hasan). Sehingga jika seorang rawi yang majhul sekalipun, apabila hadithnya diriwayatkan oleh mereka ini maka hadith itu diterima dan dibuat hujah dalam fiqh! Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Daud, beliau bertanya kepada gurunya Ahmad bin Hanbal: “apabila Yahya al-Qattan, Abdulrahman ibn Mahdi meriwayatkan dari seorang rawi yang majhul, adakah hadith itu dibuat hujah? maka jawab Ahmad: “ya, berhujah dengannya”.  Hal yang berlaku kepada al-Bukhari ini turut sama berlaku kepada Ibn Khuzaimah dan Abu Daud! Kita akan lihat nanti.

[20] Berkata penyunting: Syaikh Mahir Yasin al-Fahl –hafizahullah- adalah antara ahli hadith dan fudhala’ zaman ini, dan antara ulama’ yang berjalan atas manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith, namun bagi saya penilaian beliau untuk hadith ini adalah hanya berdasarkan zahir sanad dan zahir keadaan ‘Asim yang lemah secara umumnya, dan bagi saya ia kurang tepat dan beliau tersilap, dan saya dengan rendah diri tidak bersetuju dengan tad’if beliau. Bagi saya hadith ini sahih, dan tashih Ibn Khuzaimah lebih utama dan padanya kekuatan.

[21] Berkata penyunting:  seperti yang telah disebut sebelum ini, dalam kitab Tahzib al-Kamal dinaqal Ibn Khuzaimah menyatakan bahawa ‘Asim tidak menjadi hujah. Namun, penilain ini telah ditarik semula oleh Ibn Khuzaimah apabila beliau melihat hadith-hadith ‘Asim ada diriwayatkan oleh Malik, Syu’bah, Al-Thauri, Yahya al-Qattan dan Ibn Mahdi, dan ini adalah satu qarain dan murajjihat yang kuat untuk menerima ‘Asim dan berhujah dengannya, kerana Malik, Syu’bah dan al-Thawri dikenali sebagai mereka yang hanya meriwayatkan dari mereka yang thiqah sahaja atau dari mereka yang dhaif tetapi hadithnya yang tersebut secara khusus adalah maqbul (diterima iaitu samada sahih atau hasan). Sehingga jika seorang rawi yang majhul sekalipun, apabila hadithnya diriwayatkan oleh mereka ini maka hadith itu diterima dan dibuat hujah dalam fiqh! Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Daud, beliau bertanya kepada gurunya Ahmad bin Hanbal: “apabila Yahya al-Qattan, Abdulrahman ibn Mahdi meriwayatkan dari seorang rawi yang majhul, adakah hadith itu dibuat hujah? maka jawab Ahmad: “ya, berhujah dengannya”. 

[22] Berkata penyunting: disini jelas menunjukkan bahawa walupun mereka mendhaifkan ‘Asim secara umum kerana beliau banyak melakukan kesilapan, namun terdapat hadith-hadith beliau yang masih diambil kerana telah terbukti disisi Syu’bah, Ibn Mahdi, Yahya al-Qattan bahawa beliau tidak tersilap untuk hadith itu secara khusus, semunya ini hanya diketahui dengan qarain-qarain tersembunyi yang amat kuat.

Satu perkara yang sangat penting yang perlu diketahui, tidak semua hadith periwayat yang dijarh sebagai dhaif itu ditolak, begitu juga tidak semua hadith periwayat yang dinilai thiqah itu diterima hadithnya. Penilaian hadith ni bukan seperti sifir matematik yang hanya bergantung pada zahir sanad hadith, asal sahaja perawi itu thiqah maka sahih lah hadithnya, asal sahaja perawi itu  soduq maka hasan lah hadithnya, asal sahaja perawi itu dhaif maka dhaif lah haditnya, asal sahaja perawi itu kazzab maka palsu lah hadithnya.

Sungguh tashih dan tad'if hadith disisi para huffaz hadith Salaf (Al-Mutaqaddimin) bukanlah begitu caranya!  Sebaliknya ia bergantung kepada qarain-qarain (petunjuk-petunjuk dan bukti yang kuat).

Para nuqqad huffaz Salaf (al-Muatqaddimin) dalam tashih dan tahsin hadith ni, ianya bukan bermakna rawi tu mesti thiqah atau soduq semata-semata disisi mereka, tetapi ia juga dilihat kepada qarain-qarain tertentu untuk hadith itu secara khusus, perawi yang dhaif boleh membawa hadith sahih atau hasan kerana qarain-qarain untuk hadith itu secara khusus / specifik menunjukkan bahawa hadith itu sahih atau hasan. Jarh pada rawi tu adalah umum, adapun penilaian hadith ia adalah specifk pada hadith, setiap hadith adalah unik dan khusus.


Begitu juga untuk rawi yang dhaif boleh membawa hadith yang sahih juga, dilihat pada qarain-qarain yang specifik untuk hadith itu juga. Ini adalah manhaj para huffaz Salaf (al-Mutaqaddimin) dalam tashih dan tad'if, ia bukan sifir yang mudah, ia bukan hanya semata melihat kepada zahir sanad. Tetapi juga melihat kepada qarain-qarain tertentu.

Berkata Syaikhana Dr. Abulharith Mahir Yasin al-Fahl: 

 "Dan daripada sesuatu yang telah sedia diketahui dalam ilmu hadith itu adalah: hadith (yang diriwayatkan oleh rawi yang) thiqah bukanlah semuanya sahih, sebagaimana hadith (yang diriwayatkan oleh rawi yang) dha`if bukanlah semuanya dha`if.Dan mengetahui kedua-dua jenis daripada hadith kedua-dua pihak (iaitu hadith thiqah yang sahih, hadith thiqah yang dha`if, hadis dhu`afa' yang sahih, hadith dhu`afa' yang dha`if) itu bukanlah perkara yang mudah. Sesungguhnya para Imam nuqqad telah mencapai hal itu, yang telah menyelam di dalam kedalaman apa yang tersembunyi daripada riwayat-riwayat daripada yang sahih atau yang silap" (Rujuk: al-Jami' fil 'Ilal wal Fawaid, Dr. Mahir Yasin al-Fahl, jilid 1, hal. 288, Dar Ibn al-Jauzi, Dammam, Arab Saudi, 2010M)

Juga kata syaikh Abu Muadz Thariq 'Iwadullah Muhammad:

"pen-sahih-an dan pen-tahsin-an sesuatu hadith itu tidaklah bermakna perawi bagi hadith itu mesti seorang yang thiqah disisi mereka yang mensahihkan dan meng-hasan-kannya" (Rujuk: al-Naqdul Bannaa' li Hadith al-Asmaa', Thariq 'Iwadullah, hal. 282, Maktabah Ibn Taimiah, Giza, Mesir, 2009M)

Bahkan kata syaikh Abu Muadz Thariq 'Iwadullah lagi ketika menjelaskan sebuah hadith yg padanya terdapat rawi yang dhaif pada huffaz itu, tetapi huffaz itu sendiri mensahihkannya atau menghasankannya: 

"...Sesungguhnya peng-hasan-an seseorang Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddiminun) untuk sesuatu hadith atau pen-sahihan-nya terhadap hadith itu, tidak hanya dengan semata-mata bergantung kepada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa rawi yang bersendirian yang membawa hadith itu adalah seorang yang soduq dalam hafazan, atau seorang yang thiqah di sisi nuqqad itu.


Maka sesungguhnya untuk setiap hadith daripada hadith yang dibawa oleh seseorang rawi - yang tidak thiqah dan dhaif- itu mempunyai hukum secara khusus dan specifik, maka Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) ini mendapati pada hadir itu – terhadap apa yang dia fahami daripadanya – yang rawi itu mengingatinya, dan zann yang tertentu turut memberi kesan - yang kuat - pada peng-hasan-an hadith itu atau pen-sahihan -hadith itu secara khusus dan specifik. 


Maka hukuman samada hasan atau sahih untuk sesuatu hadith itu oleh Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) itu bergantung pada qarinah-qarinah (iaitu bukti dan petunjuk kuat) yang tersirat/tersembunyi, bukan semata-semata kerana perawi itu adalah seorang yang soduq atau kerana perawi itu seorang yang thiqah. 


Dan seperti itu (juga sebaliknya dalam mendhaifkan hadith untuk perawi yang thiqah), seseorang Nuqqad (itu para huffaz al-Mutaqaddimin) mendha`ifkan sesuatu hadith yang bersendirian yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang thiqah, pendha`ifan nuqqad ini terhadap hadith ini, bukan hanya – dengan semata-mata – terhadap bukti bahawa rawi itu adalah seorang yang dha'if yang bersendirian dengan hadith itu di sisi nuqqad itu. Bahkan dia adalah thiqah di sisi Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) itu, bahkan dia sendiri telah menunjukkan ke atas hal itu (iaitu nuqqad itu sendiri telah menilainya sebagai thiqah) , tetapi Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) itu tetap melihat - secara keseluruhannya - bahawasanya ia adalah hadith yang dha`if, yang telah tersilap padanya rawi yang thiqah itu tadi" (Rujuk: al-Naqdul Bannaa' li Hadith al-Asmaa', Thariq 'Iwadullah, hal. 208-209, Maktabah Ibn Taimiah, Giza, Mesir, 2009M)

[23] Berkata penyunting: para ulama telah berbeza pendapat berkenaan maksud ‘Soleh’ disisi Abu Daud. Ada yang berpendapat ia bermaksud Sahih atau Hasan, ada yang berpendapat ia adalah Dhaif yang ringan, ada yang berpendapat ia adalah bermaksud Soleh Lil-‘Itibar dan ada yang berpendapat ia adalah Soleh Lil-Ihtijaj.
Misalnya, al-Khattabi menyatakan bahawa hadith itu terbahagi kepada 3 jenis – Sahih, Hasan , dan Saqim (iaitu Dhaif) – dan sesungguhnya kitab Abu Daud adalah yang bercampur antara hadith yang Sahih dan Hasan, serta tidak wujud dalamnya hadith yang Saqim kecuali apabila dijelaskan kelemahannya oleh Abu Daud (rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1758). Disini menunjukkan al-Khattabi berpegang ‘Soleh’ itu adalah termasuk Sahih dan Hasan.
Bahkan kata Ibn Kathir: “apa yang didiamkan Abu Daud maka ianya adalah – hadith – Hasan” (rujuk: Bahithuth Hasisth, hal. 34, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1754)
Manakala kata al-Hafiz al-‘Ala’ie: “…apa yang didiamkan nya maka ia adalah Soleh Lil-Ihtijaj” (rujuk: al-Naqd al-Sahih, hal. 23, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1759). Disini al-Hafiz al-‘Ala’ie berpegang bahawa ia adalah Soleh Lil-Ihtijaj iaitu ia adalah hadith yang boleh digunakan sebagai hujah dalam fiqh dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang riwayat lain sebagai sokongan.
Dan al-Iraqi, al-Syaukani juga berpendapat Soleh disisi Abu Daud adalah bermaksud Soleh Lil-Ihtijaj (rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1761)
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: “lafaz Soleh pada kata-kata kenyataan Abu Daud adalah umum, sesungguhnya boleh ia Soleh Lil-Ihtijaj atau Lil-‘Itibar, apa yang mencapai tahap Sahih kemudian Hasan maka ia adalah bermaksud Lil-Ihtijaj, dan apa yang dibawahnya maka ia bermaksud Lil-‘Itibar…” (rujuk: Al-Ghayah Syarah al-Hidayah lil-Sakhawi, 1/252, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid Al-Durayyis, 4/1759)
Berkata Ibn Hajar pada tempat yang lain secara zahirnya daripada perkataan Abu Daud (ianya adalah Soleh) itu adalah bermaksud Soleh Lil-Hujjah - soleh untuk dibuat hujah dalam fiqh-  (rujuk: al-Nukat li-Ibn Hajar, 1/444, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1759)
Dr. Khalid al-Durayyis pula berpendapat bahawa yang rajih ialah Soleh disisi Abu Daud adalah satu lafaz yang umum yang memberi erti ia adalah hadith yang bukan Dhaif Syadid (kelemahan teruk), setiap hadith yang didiamkan kecacatannya oleh Abu Daud maka ia adalah Soleh disisinya, dan ia boleh jadi Sahih, Hasan, atau Dhaif yang boleh dikuatkan dengan riwayat-riwayat lain yang semakna, dan ia adalah hadith-hadith yang diambil dalam fiqh dan bukannya Dhaif Syadid (rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1761)
Saya – penyunting sendiri-  telah bertanya kepada Dr. Hatim Al-Syarif pada tahun lepas selepas selesai kuliah Syarah Nukhbatul Fikar (karya Ibn Hajar) berkenaan maksud Soleh disisi Abu Daud, dan Dr. Hatim Al-Syarif menjawab: 
في ذلك خلاف كبير , والراجح عندي أنه صالح للاعتبار , ولكن لأن أبا داواد قد اشترط أن يخرج أصح ما في الباب , فإن غالب ما سكت عنه صالح للاحتجاج
Terjemahan: padanya terdapat perselisihan pendapat yang besar, dan yang rajih disisi ku ialah ia adalah Soleh Lil-‘Itibar, akan tetapi kerana Abu Daud telah mensyaratkan sesungguhnya beliau mengeluarkan apa yang paling sahih (paling kuat) dalam sesuatu bab, maka kebanyakan apa yang didiamkan Abu Daud adalah Soleh Lil-Ihtijaj”
Saya bertanya lagi kepada beliau apakah itu Soleh Lil-‘Itibar? Maka jawab Dr. Hatim Al-Syarif:
الحديث الشديد الضعف غير صالح للاعتبار ، وأما الحديث الخفيف الضعف وما فوقه فهو صالح للاعتبار ، أي صالح للتقوي وأن يقوي غيره من الأحاديث
Terjemahan: hadith yang syadid dhaif adalah bukan Soleh Lil-‘Itibar, adapun hadith yang Khafif Dhaif (dhaif yang ringan) dan yang diatas tahap Dhaif Khafif maka ia adalah Soleh Lil-‘Itibar, iaitu Soleh untuk dikuatkan dan ianya juga menguatkan hadith yang lain –yang semakna – dari kalangan hadith-hadith”
Bahkan saya – penyunting – juga turut bertanya berkenaan maksud Soleh ini kepada Syaikhana Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary pada tahun lepas selepas selesai kelas Syarah Jami' Al-Tirmizi di Iskandariah, maka jawab syaikhna al-Alfy beliau cenderung bahawa Soleh disisi Abu Daud adalah bermaksud Soleh Lil-Ihtijaj (soleh untuk dijadikan hujah dengan sendirinya) sebagaimana pegangan Syaikh Ahmad Syakir dalam hal ini.
Dan saya juga turut bertanya hal yang sama pada Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari, maka jawab al-Malibari:

 صالح للاحتجاج عموما قد يكون صحيحا وقد يكون دونه وقد يكون ضعيفا لكن تقوى وأصبح صالحا للاحتجاج بمجموع الشواهد أو المتابعات

Terjemahan: Soleh Lil-Ihtijaj secara umumnya, dan boleh ia Sahih dan boleh ia dibawah tahap Sahih – iaitu Hasan-  dan boleh ia Dhaif akan tetapi dari jenis Dhaif yang boleh dikuatkan dan menjadilah ia Soleh Lil-Ihtijaj dengan banyaknya jalan Shawahid dan Mutaba’at
Dan bagi saya – penyunting – saya lebih cenderung kepada pendapat Syaikh Shihatah al-Alfy, Syaikh Hamzah al-Malibari diatas,  Allah hu’alam.
Apapun secara keseluruhannya – ‘ala kulli hal - , dapat kita fahami diamnya Abu Daud disini adalah satu petunjuk kuat bahawa hadith ini bukanlah hadith yang dhaif syadid, bahkan ianya adalah Soleh. Dan kemungkinan besar Abu Daud telah mempertimbangkan semula dan membuat semakan semula penilaian terhadap ‘Asim, jika dulunya adalah dhaif syadid serta tidak ditulis hadithnya, tetapi sekarang tidak lagi atau setidak-tidaknya beliau tidak dhaif untuk hadith ini secara khusus apabila Yahya al-Qattan dan Syu’bah mengambil hadith ini dari beliau.

[24] Berkata penyunting: Risalah Ila Ahl Makkah adalah surat Abu Daud kepada penduduk Makkah yang menjelaskan secara teperinci akan metod serta manhaj Abu Daud berkenaan kitab Sunan beliau.

[25] Berkata penyunting: ‘al-Sahih’ adalah gelaran untuk kitab-kitab hadith yang menghimpunkan hadith-hadith sahih , adapun nama asal bagi kitab al-Sahih karya Ibn Khuzaimah ialah : Mukhtasarul Mukhtasar. Perlu diketahui manhaj para huffaz yang menyusun kitab-kitab ‘al-Sahih’ mereka mensyaratkan secara umum hadith-hadith sahih dalam kitab mereka, namun mereka juga tetap memasukkan beberapa hadith-hadith dhaif atas sebab-sebab tertentu, antaranya sebagai syahid dan mutabaat saja, atau membawa hadith yang dha’if itu bagi menunjukkan bahawa hadith sebelumnya adalah sahih, atau hendak menyatakan kelemahan hadith yang dha’if itu dengan cara menyusun ia selepas hadith-hadith sahih, atau bagi menunjukkan kesilapan rawi pada hadith yang dha'if itu, bagi menyatakan putusnya sanad, bagi menunjukkan antara yang terpelihara dan yang tidak terpelihara dan lain-lain sebab. Maka sebab itu kita akan dapati dalam kitab-kitab al-Sahih – baik kitab al-Bukhari, Muslim, Malik, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah, al-Nasaie (al-Sughra) – sememangnya terdapat beberapa hadith yang dhaif dengan bilangan yang amat kecil dan para penyusun kitab sendiri telah menyatakan kelemahan hadith itu samada secara tersurat atau tersirat.

[26] Berkata penyunting: pendapat yang rajih bagi kami ialah pendapat yang pertama, dan kami katakan sedemikian adalah kerana beberapa qarain-qarain dan murajjihat-murajjihat seperti dibawah:
1- Tashih Al-Tirmizi, dengan tashih yang paling tinggi: Hasan Sahih
2- Para huffaz seperti Syu’bah, Yahya al-Qattan, Sufyan Al-Thawri, Abdulrahman bin Mahdi, Malik meriwayatkan dari ‘Asim
3- Periwayatan Yahya al-Qattan, Abdulrahman bin Mahdi, dan Syu’bah yang meriwayatkan hadith azan bayi ini secara khusus dari ‘Asim
4- Penilaian terkini al-Bukhari kepada ‘Asim: Soduq
5- Hadith ini diamalkan oleh salaf  sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Tirmizi secara khusus pada hadith ini, dan juga kaedah serta syarat umum Jami’ Al-Mukhtasar semua hadith-hadithnya diamalkan Salaf (kecuali dua). Lanjut rujuk buku saya bertajuk: Pengenalan Kepada Sunan al-Tirmizi dan Manhajnya
6- Abu Daud pada asalnya menyatakan tidak menulis hadith-hadith  ‘Asim, tetapi akhirnya meriwayatkan juga hadith dari ‘Asim yang melalui Yahya al-Qattan dan Sufyan berkenaan azan bayi secara khusus, bahkan beliau tidak memberi apa-apa komentar, menunjukkan hadith azan bayi ini adalah ‘Soleh’ disisi Abu Daud dan diamalkan serta dibuat hujah.
7- Wujudnya hadith-hadith dhaif  ringan dan teruk yang semakna memperkuatkan lagi hadith ‘Asim yang melalui trio huffaz – Syu’bah, Ibn Mahdi, Yahya al-Qattan-
8- Ibn Khuzaimah pada asalnya menyatakan tidak menulis dan tidak berhujah hadith-hadith  ‘Asim, tetapi akhirnya meriwayatkan dan berhujah juga dengan hadith ‘Asim yang melalui Yahya al-Qattan, Sufyan, Syu’bah, Ibn Mahdi, Malik.
9- Kaedah: apabila seseorang rawi itu diriwayatkan oleh para nuqqad yang dikenali sebagai mereka yang hanya meriwayatkan dari mereka yang thiqah sahaja atau dari mereka yang dhaif tetapi hadithnya yang tersebut secara khusus adalah maqbul (diterima iaitu samada sahih atau hasan). Sehingga jika seorang rawi yang majhul sekalipun, apabila hadithnya diriwayatkan oleh mereka ini maka hadith itu diterima dan dibuat hujah dalam fiqh! Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Daud, beliau bertanya kepada gurunya Ahmad bin Hanbal: “apabila Yahya al-Qattan, Abdulrahman ibn Mahdi meriwayatkan dari seorang rawi yang majhul, adakah hadith itu dibuat hujah? maka jawab Ahmad: “ya, berhujah dengannya”. 

10- Kaedah: sesuatu yang telah sedia diketahui dalam ilmu hadith itu adalah: hadith (yang diriwayatkan oleh rawi yang) thiqah bukanlah semuanya sahih, sebagaimana hadith (yang diriwayatkan oleh rawi yang) dha`if bukanlah semuanya dha`if. Semuanya adalah berdasarkan qarain-qarain dan murajjihat-murajjihat untuk hadith itu secara khusus.

11- Ibn Mahdi dan Yahya al-Qattan hanya mendhaifkan ‘Asim secara umum, namun hadith-hadith khusus beliau yang tertentu diterima dan ianya sahih. Mereka menerimanya berdasarkan qarain-qarain yang sangat kuat menunjukkan bahawa hadith ‘Asim yang tersebut secara khusus adalah sahih dan dterima, dan salah satunya adalah hadith azan bayi
12- Tiada seorangpun dari nuqqad salaf yang mendhaifkan hadith ini secara khusus dan specifik, mereka hanya menolak ‘Asim secara umum namun terdapat hadith-hadith ‘Asim yang diterima sebagai sahih terutamanya apabila melalui jalan - Syu’bah, Ibn Mahdi, Yahya Al-Qattan- , dan hadith azan bayi ini adalah salah satu daripadanya.


Wallahu a'lamu bish showab.

Rerefensi:

1. Ensiklopedi Fiqh Kuwait (Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah).
2. Tuhfatul Maulud bi Ahkamil Maulud, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

0 Response to "Adzan di Telinga Bayi"

إرسال تعليق

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel